Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, petang tadi berkenan menerima mengadap Duta Besar Istimewa dan Mutlak Kerajaan Kemboja ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Hok Sophea yang akan menamatkan perkhidmatan.
Tuan Yang Terutama menyembahkan Surat Tauliah Pelantikan ke hadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada 10 Jun 2020.
Majlis Mengadap berkenaan berlangsung di Istana Nurul Iman.
Sumber berita Pelita BruneiSumber foto InfoFoto